Thursday, August 30, 2018

                 PEMBENTUKAN MALAYSIA
      
PENGENALAN:
         Sejarah pembentukan malaysia bermula selepas 31 Ogos 1957 iaitu pada hari Tanah Melayu mancapai kemerdekaan. Selepas merdeka Tunku Abdul Rahman mengemukakan cadangan kepada kerajaan British supaya menggabungkan Brunei,Sabah dan Sarawak dengan Persekutuan Tanah Melayu menjadi Malaysia namun begitu kerajaan British menolak kerana Singapura diketepikan. Sementara itu, seorang menteri Singapura iaitu Lee Kwan Yew mencadangkan Singapura digabungkan dengan Persekutuan Tanah Melayu tetapi ia ditolak oleh Tunku Abdul Rahman. Namun begitu senario politik yang berlaku di Singapura mengubah sikapnya terhadap saranan Lee Kwan Yew. Pada 27 Mei 1961,Tunku Abdul Rahman memberi ucapan di Persidangan wartawan-wartawan Luar Negeri di Asia Tenggara di Hotel Adelphi,Singapura mencadangkan supaya Brunei,Sabah,Sarawak dan Singapura digabungkan dengan Tanah Melayu bagi membentuk Persekutuan Malaysia,cadangan itu telah menimbulkan pelbagai reaksi. Pada 23 Julai 1961, Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia(JPPM) ditubuhkan bagi memberi peluang kepada pemimpin di Sabah dan Sarawak untuk mengemukakan pandangan mereka memandangkan mereka masih menentang gagasan. Akhirnya Sabah dan Sarawak menerima gagasan ini dan menyusun satu memorendon untuk dihantar Suruhanjaya Cobbold. Suruhanjaya Cobbold kemudiannya menjalankan tugasnya iaitu meninjau pandangan rakyat Sabah dan Sarawak dan membuat syor perlembagaan baru. Kemudian pada 31 Ogos 1962, Jawatankuasa Antara Kerajaan(JAK) ditubuhkan bagi merangka perlembaggan Malaysia. JAK mengeluarkan jawapan pada 27 Februari 1963. laporan ini diterima dan diluluskan. 

IDEA DAN FAKTOR GAGASAN   TERHADAP PEMBENTUKAN MALAYSIA

  IDEA PEMBENTUKAN MALAYSIA
    Idea pembentukan Malaysia tercetus pada 27 Mei 1961,melalui ucapan yang dilakukan oleh Perdana Menteri Tanah Persekutuan yang pertama iaitu,Tunku Abdul Rahman. Beliau telah menyuarakan idea pembentukan gagasan Malaysia yang melibatkan Tanah Melayu,Singapura,Sabah,Sarawak dan Brunei. Idea pembentukan Malaysia cadangannya adalah untuk menyatukan Tanah Melayu dan wilayah Borneo telah difikirkan sejak akhir abad ke-19. Pada tahun 1883 idea pembentukan Malaysia telah dikemukan leh Lord Brassey,salah seorang pengarah Syarikat Borneo Utara British (British North Borneo Company) yang mengemukakan idea tersebut kepada British. Perkara ini telah pun dibincangkan oleh kerajaan British pada tahun 1888 dan 1932,namun begitu cadangan tersebut terus lenyap begitu sahaja kerana tiada tindakan susulan yang diambil. Selepas perang dunia kedua 1947 sekali lagi cadangan yang sama disuarakan oleh Malcolm McDonald,Pesuruhjaya Tinggi British di Asia Tenggara. Di Singapura,Tanah Melayu,Brunei,Sarawak dan Sabah(Borneo Utara) mula dicetus oleh seorang ahli Majlis Perundangan Singapura iaitu Thio han Bee dan cadangan beliau telah disokong oleh Sir Robert Botthy iaitu ahli seorang ahli parlimen Komenwel,beliau berpendapat dengan menyatukan Tanah Melayu dan Singapura ini dapat memberi keuntungan dari segi ekonomi dan strategi. Namun pun begitu ahli Parti Tindakan Rakyat(PAP) Singapura iaitu Lee Kwan Yee ingan menyatukan Tanah Melayu dan Singapura ditolak oleh Tunku Abdul Rahman kerana bimbang akan masalah sosial akan timbul akibat ketidakseimbangan kaum melayu dan cina. Cadangan penubuhan Malaysia hanya dapt perhatian yang serius selepas Perdana Menteri Pertama Malaysia iaitu Tunku Abdul Rahman berpendapat dengan menggabungkan persekutuan Tanah Melayu dengan Singapura wajar sekali jika dimasukkan wilayah Sabah,Sarawak dan Brunei kerana negara-negara ini mempunyai banyak persamaan dlam segi sejarah,politik dan struktur kerajaan.

FAKTOR2 GAGASAN PEMBENTUKAN MALAYSIA IALAH:
1:Mengelakkan ancaman dan pengaruh komunis
➤Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu bimbang akan pengaruh komunis yang semakin bertapak dan juga berkembang di Asia Tenggara, terutaman Singapura. Pengaruh komunis dapat dilihat mula meresap masuk ke dalam fahaman  parti yang memerintah Singapura sejak tahun 1959,iaitu Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang dipimpin oleh Lee Kuan Yew. Kegiatan dan pengaruh mereka semakin meluas apabila bekas anggota PAP berhaluan kiri menubuhkan Barisan Sosialis yang dipimpin oleh Lim Chin Siong. Pada tahun 1961 bagi kawasan Hong Lim dan Anson memperlihatkan pengaruh komunis semakin merebak di Singapura. Oleh itu,perkembangan ini membimbangkan Tuanku Abdul Rahman kerana beliau khuatir Singapura akan dikuasai oleh pihak komunis dan keadaan ini boleh mengancam keselamatan Tanah Melayu. Oleh itu, Tunku Abdul Rahman berpendapat penubuhan Malaysia akan dapat meyekat pengaruh komunis daripada merebak di Singapura.
2:Memberi kemerdekaan kepada Sabah,Sarawak,Brunei dan Singapura
➤Menerusi penubuhan  Persekutuan Malaysia,negeri-negeri seperti Sabah,Sarawak,Brunei dan Singapura akan mendapat kemerdekaan lebih awal daripada yang dijangkakan. Ini memandangkan Negara-negara berkenaan masih lagi berada di bawah penjajahan British semasa cadangan ini ditimbulkan. Dalam hal ini,Sabah dan Sarawak diletakkan dalam status negeri jajahan,manakala Singapura dan Brunei diletakkan sebagai negeri naugan. Dalam perancangan penubuhan Persekutuan Malaysia,Malaysia akan ditubuhkan dlam tempoh dua tahun. Tetapi jika Sabah dan Sarawak cuba mencapai kemerdekaan secara berasingan ,besar kemungkinan kemerdekan itu tidak akan tercapai biarpun dalam tempoh 5 tahun  ataupun sebaliknya. Namun sedemikian, Sabah dan Sarawak merupakan wilayan jajahan British yang belum bersedia untuk merdeka apatah lagi untuk berdikari kerana suasana ekonomi dan politiknya yang kurang memuaskan. Tunku Abdul Rahman berpendapat kerajaan British tidak bercadang untuk memberi kemerdekaan kepada Sabah dan Sarawak walaupun dlam masa 5 tahun. Oleh itu, Tunku percaya dengan membawa masuk Sabah dan Sarawak ke dalam Malaysia akan lebih memudahkan dan mempercepatkan kemerdekaan dua wilayah ini disamping dapat mengelakkan hasrat komunis untuk membentuk tampuk pemerintahannya. Sekirannya kemerdekaan tidak diberikan kepada wilayah tersebut,,pihak British khuatir wilayah tersebut akan dipengaruhi oleh komunis dan akan menyebabkan British akan hilang kepentingan ekonomi dan sosial pada masa yang akan datang. Disamping itu,terdapat juga pengaruh-pengaruh luar seperti Filipina dan Indinesia yang berminat terhadap negeri Sabah,Sarawak dan Brunei.
3:Perkongsian faedah ekonomi
➤Melalui Persekutuan Malaysia,negara-negara anggota akan dapat mengadakan kerjasama ekonomi dan perdagangan untuk faedah bersama. Secara tidak langsung,negara-negara anggota yang kaya dengan sumber ekonomi boleh membantu negara-negara anggota yang miskin dan kekurangan sumber ekonomi sekaligus ia dapat meningkatkan pembangunan ekonomi,terutama di Sabah dan Sarawak yang masih belum maju dari segi ekonominya. Manakala Tanah Melayu,Singapura dan Brunei pula akan menjadi penyumbang kepada negara-negara berkenaan. Ini kerana Tanah Melayu kaya dengan sumber bahan mentah,Brunei pula kaya dengan sumber minyaknya. Manakala Singapura pula akan lebih selamat dari segi ekonomi sekiranya menyertai Persekutuan Malaysia.

4:Menjaga kepentingan dan hak kaum bumiputera
➤Menurut Tunku Abdul Rahman ,gagasan pembentukan Malaysia perlu menggabungkan wilayah-wilayah Borneo seperti Sabah,Sarawak dan Brunei bukan hanya terhad kepad Tanah Melayu dan Singapura sahaja. Jika Tanah Melayu dan Singapura sahaja bercantum,ini akan menghilangkan majoriti penduduk Melayu. Ini kerana Singapura mempunyai 80% penduduk bukan Melayu dan apabila dicantumkan dengan penduduk Persekutuan Tanah Melayu ,penduduk bukan Melayu akan menjadi golongan terbesar. Apabila pencantuman berlaku antara Tanah Melayu dan Singapura sahaja,bilangan masyarakat Cina akan menjadi 43.5% sahaja sementara orang Melayu menjadi 43%. Ini kerana anggaran penduduk Tanah Melayu pada tahun 1960,orang Melayu kira-kira 50% dan orang Cina 36.9%. Justeru,apabila pendudk Sabah dan Sarawak diambil kira,bilangan kaum Bumiputera termasuk termsuk Melayu akan menjadi 42.4%. ini bermaksud untuk menjamin kedudukan orang melayu dan Bumiputera tidak terancam,kemasukkan Sabah dan Sarawak membolehkan kumpulan Melayu dan Bumiputera kekal sebagai kumpulan terbesar.
FAKTOR-FAKTOR PEMBENTUKAN MALAYSIA

 *ANCAMAN KOMUNIS DI SINGAPURA
-Kerajaan persekuaan tanah melayu berasa bimbang dengan perkembangan pengaruh komunis di singapura pada tahun 1961.
-Tunku Abdul Rahman bimbang singapura akan dikuasai komunis dan keselamatan tanah melayu akan terancam.Beliau berpendapat bahawa pembentukan Malaysia akan dapat menyekat pengaruh komunis merebak di singapura

*KESEIMBANGAN KAUM
-Kemasukan sabah,Sarawak dan brunei dalam tanah melayu akan meningkatkan peratusan kaum Bumiputera di tanah melayu .
-Jumlah penduduk dari sabah,Sarawak dan brunei akan megimbangi peratusan majoriti kaum melayu dan bumiputera di tanah melayu walaupun di singapura bergabung dengan persekutuan tanah melayu.Oleh itu,kedudukan orang melayu tidak akan terancam

*KEMAJUAN EKONOMI BERSAMA
-Pembentukan Malaysia membolehkan tanah melayu,singapura dan brunei mendapat faedah ekonomi terutamanya dari sektor perdagangan,bahan mentah,pasaran dan pelabuh asing.
-Tanah melayu merupakan Negara yang gas asli dan singapura menjadi pelabuhan yang penting di asia tenggara.Melalui pembentukan Malaysia akan dapat membantu ekonomi dan pembangunan infrastuktur sabah dan Sarawak yang masih mundur.

*MENCAPAI KEMERDEKAAN
-Pembentukan Malaysia merupakan jalan pintas bagi singapura,sabah,Sarawak dan brunei mencapai kemerdekaan.Penjajahan british di asia tenggara dapat ditamatkan.
-Tambahan pula,pertubuhan bangsa-bangsa bersatu (PBB) mengusulkan agar penjajahan di seluruh dunia ditamatkan.Pembantukan Malaysia membolehkan british berundur dari tanah jajahannya di asia tenggara secara terhormat dan british boleh mewujudkan hubungan persahabatan yang muhibah dengan Negara jajahannya.

Proses proses pembentukan malaysia

*jawatankuasa perunding perpaduan Malaysia
-Mesyuarat persatuan parlimen komenwel cawangan tanah melayu dan borneo di singapura telah bersetuja menubuhkan jawatankuasa perunding perpaduan Malaysia untuk memperkenalkan konsep Malaysia kepada penduduk sabah,Sarawak dan brunei.
-Pada 23 julai 1961,jawatankuasa perunding perpaduan Malaysia ditubuhkan dan dipengerusikan oleh Donald Stephen dan dianggotai oleh wakil wakil tanah melayu,singapura,sabah,Sarawak dan brunei.

*PENUBUHAN SURUHANJAYA COBBOLD
-Pada 17 januari 1962,suruhanjaya cobbold ditubuhkan untuk mendapatkan pandangan penduduk sabah dan Sarawak terhadap idea gagasan Malaysia .
-Suruhanjaya ini dipengerusikan oleh lord cobbold dan dianggotai oleh wakil,british ,iaitu sir Anthony abell dan sir david watherson serta dua orang wakil tanah melayu,iaitu mohd ghazali shafie dan wong pow nee.

*JAWATANKUASA ANTARA KERAJAAN (JAK)
-Pada ogos 1962,jawatankuasa antara kerajaan(jak) Lansdowne committee ditubuhkan untuk merangka perlembangaan persekutuan yang baharu.
-JAK diketuai oleh lord Lansdowne dan dianggotai oleh tun abdul razak,wakil wakil kerajaan british serta wakil wakil negeri sabah,sarwak dan singapura.
-Laporan perlembagaan persekutuan tanah melayu 1957 dan laporan suruhanjaya cobbld serta cadangan yang dibuat oleh jawatankuasa perundingan perpaduan Malaysia digunakan sebagai asas pembentukan perlembangaan Malaysia

TUNTUTAN 20 PERKARA SABAH DAN SARAWAK
LAPORAN JAWATAN KUASA ANTARA KERAJAAN (JAK)
Agama islam diterima sebagai agama rasmi tetapi tidak ada agama rasmi di sabah
Agama islam sebagai agama rasmi persekutuan tetapi di sabah dan sabah dikecualikan
Bahasa inggeris menjadi bahasa rasmi di sabah,Bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan
Bahasa melayu sebagai bahasa rasmi persekutuan,tetapi bahasa inggeris terus digunakan sebagai bahasa rasmi di sabah dan Sarawak sehingga majlis undangan dan majlis negeri meminda perkara itu sepuluh tahun selepas hari malaysia
Kuasa imigresen di bawah kerajaan negeri
Kuasa imigresen menjadi hak kerajaan pusat tetapi kerajaan negeri sabah dan sarawak diberikan hak bersuara
sistem pendidikan yang ada di sabah dikekalkan
Pendidikan di bawah kuasa kerajaan pusat tetapi sistem pendidikan di sabah dan sarawak dikekalkan di bawah kuasa negeri sehingga kedua dua negeri itu bersetuju mengubahnya
Perwakilan dalam parlimen hendaklah mengambil kira keluasan negeri,di samping bilangan penduduk
Bilangan kerusi yang diperuntukan
-sabah:16 kerusi
-sarawak:24 kerusi
-singapura:15 kerusi

                                                  
                                          
MEMBERI KEMERDEKAANKEPADA SABAH,SARAWAK,
BRUNEI DAN SINGAPURA
*Menerusi penubuhan persekutuan Malaysia,negeri-negeri seperti Sabah,Sarawak,Brunei,dan Singapura akan mendapat kemerdekaan lebih awal daripada yang dijangkakan.
*Dalam hal ini,Sabah dan Sarawak diletakkan dalam status negeri jajahan,manakalaSingapura dan Brunei diletakkan sebagai negeri naungan.
*Dalam tahun 1960-an,kerajaan British sebenarnya sedang dalam pertimbangan untuk memberi kemerdekaan kepada tanah-tanah jajahannya.
*Namun Sabah dan Sarawak merupakan wilayah jajahan British yang belum bersedia untuk merdeka apatah lagi untuk berdikari kerana suasana ekonomi dan politiknya kurang memuaskan.
*Tunku Abdul Rahman berpendapat kerajaan British tidak bercadang untuk memberi kemerdekaan kepada Sabah dan Sarawak walaupun dalam masa lima tahun.
*Oleh itu,Tunku percaya dengan membawa masuk sabah dan Sarawak ke dalam Malaysia akan lebih memudahkan dan mempercepatkan kemerdekaan dua wilayah ini disamping dapat mengelakkan hasrat komunis untuk membentuk tampuk pemerintahannya
*Sekiranya kemerdekaan tidak diberikan kepada wilayah tersebut,pihak British khuatir wilayah tersebut akan dipengaruhi oleh komunis dan akan menyebabkan British akan hilang kepentingan ekonomi dan sosial pada masa yang akan datang.
*Disamping itu,terdapat juga pengaruh-pengaruh luar seperti Filipina dan Indonesia yang berminat terhadap negeri Sabah,Sarawak dan Brunei.
                                                                                                   
 Reaksi wilayah terlibat dan                       Negara jiran   
v Penguguman rancangan pembentukan Malaysia yang dibuat oleh Tunku Abdul Rahman mendapat pelbagai reaksi dari wilayah-wilayah yang terlibat dan negara-negara jiran
NEGERI
REAKSI
PERSEKUTUAN TANAH MELAYU
-Parti Islam Se-Tanah Melayu[PAS] dan Barisan Sosialis  meminta supaya idea pembentukan Malaysia dirundingkan terlebih dahulu bersama penduduk Tanah Melayu
-UMNO bersetuju atas cadangan pembentukan Malaysia tanpa penyertaan Singapura


SINGAPURA
-PAP di bawah pimpinan Lee Kuan Yew menyokong usaha pembentukan Malaysia kerana bimbang dengan pengaruh parti berhaluan kiri
-Pada Disember 1961,Majlis Undangan Negeri Singapura meluluskan usul penggabungan ini
-Parti Barisan Sosialis tidak bersetuju dan berpendapat pembentukan Malaysia merupakan satu penjajahan bentuk baru
  --Barisan Sosialis menuntut supaya kerajaan Singapura mendapatkan pandangan rakyat
-Singapura berhubung perkara ini dan pandangan tersebut disokong oleh Parti Buruh pimpinan David Marshall serta Parti Rakyat Bersatu pimpinan Ong Eng Guan
 -Pada 1September 1962,satu referendum dan pungutan suara berkaitan penggabungan Singapura diadakan.Lebih 70% rakyat Singapura bersetuju untuk meneruskan cadangan pembentukan Malaysia

SARAWAK
-Cadangan pembentukan Malaysia ditolak pada peringkat awal kerana belum mempunyai keyakinan untuk membentuk pemerintahan sendiri
-Parti Bersatu Rakyat Sarawak[SUPP] di bawah pimpinan Ong Kee Hui adalah parti yang  menolak cadangan penubuhan Malaysia
-Cadangan penubuhan Malaysia awalnya tidak disokong oleh Parti Negara Sarawak [PANAS] tetapi kemudiannya menyokong pembentukan Malaysia di bawah   pimpinan Dato Bandar Abang Haji Mustapha
-Pada 1962,Parti PANAS, Parti Kebangsaan Sarawak[SNAP], Barisan Rakyat Jati Sarawak [BERJASA], Sarawak Chinese Association[SCA] dan Parti Pesaka Anak Sarawak [PESAKA] bergabung untuk membentuk Parti Perikatan Sarawak dan berusaha menyekat pengaruh SUPP daripada terus menentang penubuhan Malaysia

SABAH
-Cadangan pembentukan Malaysia ditolak pada peringkat awal kerana belum mempunyai keyakinan untuk membentuk pemerintahan sendiri
 -Pada September 1961,Pertubuhan Kebangsaan Kadazan Bersatu[UNKO]pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu [USNO],Parti Pasok Momugun,Parti Bersatu dan Parti Demokratik telah bersatu membentuk Parti Perikatan Sabah dan menyokong pembentukan Malaysia.
 -Parti Perikatan Sabah telah mengemukakan 20 syarat yang dikenali sebagai perkara 20 dan diterima oleh Sarawak. Perkara 20 merupakan tuntutan Sabah dan Sarawak untuk dimasukkan dalam Perlembagaan Malaysia oleh Jawatankuasa Antara Kerajaan


BRUNEI
-Sultan Omar Ali Saifuddin,Sultan Brunei menyokong pada awalnya cadangan pembentukan Malaysia kerana dapat membantu Brunei mendapat kemerdekaan lebih awal dan mengelak ancaman daripada Filipina dan Indonesia.
-Parti Rakyat Brunei dibawah pimpinan A.M Azahari menentang pembentukan Malaysia kerana berhasrat menggabungkan Sabah,Sarawak dan Brunei dan menubuhkan Kerajaan Borneo Utara dikenali sebagai Negara Kesultanan Kalimantan Utara[NKKU]
-Parti Rakyat Brunei menubuhkan Tentera Nasional Kalimantan Utara[TNKU].
-TNKU melancarkan pemberontakan bersenjata di Brunei pada 8 Disember 1962 tetapi dapat ditumpaskan oleh kerajaan Brunei dengan bantuan British.
 -Sultan Brunei mengambil keputusan untuk tidak menyertai Malaysia kerana pergolakan politik dan faktor-faktor lain.

BRITISH
-British bersetuju dengan pembentukan Malaysia.
-Pembentukan Malaysia dapat mangekang pengaruh komunis.

INDONESIA
                                                                                                                                                                                     
-Indonesia menentang pembentukan Malaysia kerana presiden Soekarno berhasrat menubuhkan Melayu Raya atau Indonesia Raya.
-Konfrantasi ke atas Malaysia dilancarkan pada 1963 dengan slogan ‘Ganyang Malaysia’.
-Indonesia memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia dan tentera Indonesia menyusup masuk ke Johor,Sabah dan Sarawak dan melancarkan serangan gerila.
-Persidangan Kemuncak di Malaysia pada 30 Julai hingga 5 Ogos 1963 bersetuju menamatkan konfrantasi dengan mewujudkan pertubuhan kerjasama serantau yang dikenali sebagai MAPHILINDO,iaitu nama Singkatan bagi Malaysia,Filipina dan Indonesia.
-Jeneral Soeharto mengambil alih pemerintahan Indonesia dan mengambil dasar berdamai
dengan Malaysia                                                                         
FILIPINA
-Filipina menentang pembentukan Malaysia kerana mendakwa Sabah ialah sebahagian daripada wilayah Filipina.
-Presiden Macapagal berpendapat bahawa Sabah dipajak kepada Syarikat Borneo Utara British[SBUB] oleh Sultan Sulu dan bukannya dijual.
-Pajakan tersebut diisytiharkan tamat pada 1958 oleh waris Sultan Sulu yang terakhir,iaitu Sultan Esmail Kiram.
-Hubungan Tanah Melayu dan Filipina menjadi keruh.
-Filipina mengiktiraf penubuhan Malaysia pada tahun 1966.




Faktor Yang Menyebabkan Pemisahan Singapura Dari Malaysia
    
PERKEMBANGAN
        Singapura diberi kuasa untuk mmungut cukai kastam,cukai ekoisis dan cukai pendapatan
        Semua hasil akan dikutip berasakan 60% untuk Singapura dan baki 40% untuk kerajaan Persekutuan.
        Pada Disember 1963,kerajaan bentangkan belanjawan bagi 1965,terdapat pelbagai cukai yang dikenakan
        Singapura menentang pengenalan cukai2 baharu kerana mereka tidak dibawa berunding terlebih dahulu.
        Akhir bulan Februari 1965,,Menteri Kewangan arahkan para pengusaha di Sungapura berunding dengan kerajaan Persekutuan ttg perlindungan tariff sebelum membuka kilang
        Arahan ini menimbulkan kemarahan pengusaha di Singapura sehingga mendapat liputan media yang luas.


PERSAINGAN POLITIK PAP DAN MCA
        Keadaan ini dapat dilihat pada 9 Sepetember 1963,Lee Kuan Yew telah menyatakan bahawa kegiata politik Pap tidak bercadang untuk menyertai pilijan raya di Tanah Melayu selps penyatuan
        Kemudiannya,PAP mengubah keputusan itu dan menyertai pilihan raya umum di Tanah Melayu pada tahun 1964
        Tunku Abdul Rahman menegaskan bahawa PAP tidak diperlukan di Tana Melayu atas sikapnya sebagai sebuah parti perikatan Cina.
        Malahan,penglibatan PAP yang terlalu awal dikatakan menggangu perkauman di Tanah Melayu

Masalah Perkauman
        Konsep ini seolah2 mengenepikan institusi dan mencabar kedudukan istimewa org Melayu
        Bulan Mei 1965,Lee Kuan Yew menubuhkan Malaysian Solidarity Convention sebagai satu pakatan dikalangan parti menandingi parti Perikatan
        Beliau menyeru diwujudkan satu ‘persamaan hak bagi semua’ melalui satu ideologi olitik,social dan ekonomi yg sama utk semua kaum
        Kedudukan negeri2 di tanah Melayu,Singapura,Sabah dan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia juga ditimbulkan olh para pemimpin Singapura.
        Mereka menggalakkan negeri2 itu menimbulkan soal perbezaan taraf ekonomi pemimpim di Sarawak,Sabah dan negeri2 lain bertindak balas.
        Memandangkan sebahagian besar pihak pembangkang terdiri drpd bukan Melayu,keadaan ini seolah2 mencerminkan penentangan mereka terhadap org Melayu

KESIMPULAN
Hubungan yang tegang antara singapura dan kerajaan persekutuan akhirnya tiba di kemuncaknya menjelang 15 mei 1965 sehingga menimbulkan kebimbangan tunku andul rahman yang berpendapat singapura perlu disingkirkan dari Malaysia .Pada 9 ogos 1965 tunku abdul rahman membuat pengumuman rasmi di parlimen dan membentangkan rang undang-undang pemisahan singapura.Rang undang-undang tersebut diluluskan dan tiada yang menentang atau berkecuali dan keputusan itu diambil tanpa dihadiri oleh perwakilan singapura pertikaian itu jika dibiarkan berterusan boleh memburukkan keadaan dan sehingga mencetuskan rusuhan kaum dan pertumpahan darah.Setelah pemisahan singapura Malaysia terdiri daripada persekutuan tanah melayu,sabah dan Sarawak.



                 PEMBENTUKAN MALAYSIA        PENGENALAN:          Sejarah pembentukan malaysia bermula selepas 31 Ogos 1957 iaitu pada h...